Thursday, 9 June 2011

Yaumul’ Ardh di Padang Mahsyar

Beriman kepada Hari Akhirat atau Hari Kiamat merupakan rukun iman kelima yang wajib kta iktikad dan yakin akan kewujudannya.Hari kiamat merupakan suatu hari yang pasti di mana bilakan tiba hari tersebut tidak siapa jua yang mengetahuinya kecuali hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui bila berlakunya hari kiamat. Namun begitu, ada dinyatakan tanda atau alamat berlakunya hari kiamat iaitu tanda kubra (besar) dan tanda syughra (kecil).

Alamat syughra itu adalah tanda-tanda awal bahawa dunia ini akan kiamat tetapi waktunya masih lagi panjang, masih ada waktu untuk bertaubat, masih ada peluang untuk kembali ke jalan ALLAH. Sementara alamat kubra,ertinya apabila sudah ada tanda-tanda kubra menunjukkan bahawa dunia sudah hamper benar ke saat kehancurannya. Pintu taubat sudah ditutup ketika itu.

Antara tanda-tanda Syughra dunia akan kiamat banyak sekali iaitu :-

1.) Apabila susut dan kurangnya ilmu pengetahuan agama dengan kematian seseorang yang alim di dalam sesuatu cawangan ilmu yang tertentu dan tidak dapat diganti.

2.) Apabila merebaknya kejahilan mengenai ilmu agama dengan sebab kurangnya orang yang suka mempelajarinya.

3.) Ilmu agama tidak diberi perhatian sewajarnya dan diringankan oleh orang Islam sendiri! Kebanyakan daripada mereka bodoh dalam selok-belok agama.

4.) Apabila arak menjadi adat kebiasaan diminum terang-terangan disana-sini dengan digalakkan oleh pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua mereka.

5.) Apabila perbuatan lucah (zina) dan cabul dilakukan dengan terang-terangan di merata-rata tempat tanpa segan, dan tidak mendapat sebarang teguran kerana kelemahan iman sehingga kalau ada yang menegur, maka orang yang menegur itu boleh dikatakan imannya sekuat Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar pada zaman sahabat Nabi Muhammad SAW.

6.) Jumlah kaum wanita melebihi jumlah kaum lelaki.

7.) Orang miskin menjadi kaya-raya dan menjadi pemimpin serta berlumba-lumba dengan orang kaya.

8.) Apabila diserahkan sesuatu urusan agama seperti jawatan Ketua Negara, Mufti, Kadi, dan sebagainya untuk dikendalikan oleh orang yang bukan ahlinya.

9.) Apabila sesuatu masyarakat dipimpin oleh ketua yang fasik (jahat) yang suka menggalakkan perbuatan maksiat dan perbuatan durjana!

10.) Apabila orang yang bersifat benar dikatakan pendusta manakala pendusta dikatakan orang yang benar, oaring yang khianat disifatkan amanah dan sebaliknya, orang yang zalim dikatakan adil, orang yang jahil mempunyai pengaruh dalam ilmu agama sehingga orang alim terpaksa mendiamkan diri setelah tugasnya tidak dihargai lagi.

Antara tanda-tanda kubra ialah :-

1.) Matahari terbit dari arah barat.
Terbitnya matahari dari arah barat dan keluarnya binatang yang pandai bercakap. Pada waktu ini hari kiamat sudah hampir tiba. Susunan kejadian alam sudah berubah, matahari yang dulunya terbit dari arah timur kini sudah sebaliknya. Kini matahari terbit dari sebelah barat dan tenggelam disebelah timur pula. Selain itu keluar sejenis binatang dari perut Bumi yang pandai berkata-kata dengan manusia (Dabbaatulardh).

Dalam sebuah hadis Rasulullah pernah bersabda :-

Maksudnya:”Sesungguhnya tanda-tanda pertama yang keluar menunjukkan terlalu hampir waktu tibanya hari kiamat iaitu terbitnya matahari dari arah barat dan keluarnya sejenis binatang di khalayak ramai di waktu siang. Kedua-dua kejadian itu berlaku dalam jangka waktu yang amat dekat.” (Hadis Riwayat Muslim)

2.) Munculnya Imam Al-Mahdi.

Beliau adalah keturunan Rasulullah, namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah. Akhlaknya dan budi pekertinya menyerupai Rasulullah. Demikian juga bentuk lehernya, dahinya dan mancung hidungnya. Beliau memerintah dunia ini dengan adil dan saksama, menghapuskan segala kezaliman penganiyaan. Beliau mengembalikan syariat Islam, menegakkan sunnah Rasullah, agama Islam akan kembali tegak dimuka Bumi. Kedudukan beliau amat berkuasa dan kuat, suasana kehidupan aman dan damai,adil dan bahagia, harta kekayaan negara dibahagikan sama rata diseluruh negara. Beliau bersama-sama Nabi ALLAH Isa A.S. akhirnya Berjaya membunuh Dajjal. Beliau berada di Bumi memerintah dunia selama 7 tahun.

3.) Keluarnya Al-Masih Dajjal

Al-Masih Dajjal ertinya ahli dusta dan penipu besar. Nabi Muhammad SAW kerapkali mengingatkan ummatnya didalam beberapa hadis supaya menjaga diri daripada bencana dajjal dan pengaruhnya dan besar bahaya.
Diantara hadis-hadis itu ialah hadis daripada an-Nawas bin Sam’an R.A katanya Rasulullah menyebut perihal Dajjal :-
“Sebenarnya Dajjal ialah seorang muda yang rambutnya kerinting, matanya timbul (buta sebelah) dia akan muncul disatu jalan diantara negeri Sham dengan negeri Iraq, serta dia melakukan kerosakan diserata tempat yang dia sampai kepadanya dengan menjadikan kampong orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan-mewah makmur dan tempat orang yang enggan menerima dakwaannya menjadi tempat yang terbiar dan tanah yang kering kotang-mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menjadikan orang muda sangat kuat gagah terpenggal badannya dan dicampakkan yang satu jauh dari yang satu lagi kemudian diserunya lalu kedua potongan itu bersatu da orang muda itu hidup kembali dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya..lalu berkata wahai hamba ALLAH sekalian, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah imn kamu, jangan terpengaruh dengan dakwaannya. Kami bertanya,”Ya Rasulullah berapa lama dia bermahajarela dimuka bumi?” Jawab baginda,”Selama 40 hari..”Baginda menerangkan lagi semasa dajjal itu bermaharajalela,ALLAH telah menurunkan Nabi Isa A.S berhampiran dengan menara putih yang letaknya ditimur Bandar Damsyik. Maka Nabi Isa A.S pun mengejar dajjal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya.”

4.) Turunnya Nabi ALLAH Isa A.S.

Ketika turunnya Nabi Isa A.S dari langit ke bumi, ketika itu dajjal masih lagi bermaharajalela. Nabi Isa telah membunuh dajjal tersebut dan menjadi hakim (raja) yang adil dan jujur memerintah dunia ini. Beliaulah yang akan menghapuskan salib orang Kristian dan membunuh khinzir-khinzir. Hadis mengenai kedatangan Nabi ALLAH Isa A.S bermaksud :-
“Maka kedudukan Nabi Isa dikalangan ummatku adalah sebagai pemerintah yang adil, pemimpin yang jujur, menghancurkan perang salib (sebagai tanda hancurnya agama kristian), membunuh khinzir, menghapuskan jizyah (cukai kepala).(Ini membawa pengertian bahawa satu-satunya agama yang diterima oleh ummat manusia pada saat itu hanyalah agama Islam. Sebagaimana yang dimaklumi bahawa pemerintahan Islam akan mengenakan jizyah keatas ummat Islam). Sedekah ditinggalkan(tidak ada yang suka menerima, sebab kekayaan orang Islam sudah berlebihan, ketika itu tidak ada lagi orang menderita kelaparan dan kemiskinan).Tidak ada yang mengurus kekayaan unta dan kambing.Rasa dendam dan benci lenyap sama sekali.Semuanya hidup rukun dan damai.Dihilangkan segala racun segala sesuatu yang berbisa sehingga jika seseorang kanak-kanak memasukkan tangannya kedalam mulut ular sekalipun perbuatan itu tidak akan membahayakan dan kehadiran serigala dikalangan kambing juga tidak mendatangkan bahaya kerana seolah-olah anjing gembala yang menjaga keselamatan kambing-kambing itu. Seluruh permukaan Bumi penuh dengan kesejahteraan, semua manusia hanya menyembah ALLAH yang satu. Peperangan tidak berlaku lagi.Kaum Quraisy memperoleh kekuatannya kembali dan bumi bagaikan benjana perak,suburnya menambahkan tanaman-tanaman seperti zaman Nabi ALLAH Adam A.S.”

5.) Keluarnya Bangsa Yajuj dan Ma'juj.

Kaum ini pernah muncul pada zaman Raja Zulqarnain tetapi dipenjarakan oleh baginda dengan tembok besi yang tebal dan tinggi. Didalam dinding tembok itulah dikurung. Apabila hari kiamat,tembok itu akan roboh, lalu kedua-dua kaum itu merosakkan dunia. Antara hadis mengenai Yajuj dan Ma'juj seperti yang diterangkan oleh Nabi Muhammad SAW. yang bermaksud :-

"Bahawa sedang Nabi Isa A.S menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, ALLAH mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firman-Nya:"Bahawa aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hamba-Ku (Yajuj dan Ma'juj) yang tidak ada upaya bagi sesiapapun memerangi mereka.Oleh itu bawalah hamba-hamba-Ku bersama-sama berlindung di Bukit Tursina dan ALLAH mengeluarkan Yajuj dan Ma'juj dan merekapun meluru turun dari tempat yang tinggi..Nabi Isa dan pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus dinar. Lalu Nabi Isa dan pengikutnya berdoa kepada ALLAH supaya membinasakan musuh-musuh mereka. Maka ALLAH menghantarkan sejenis ulat bagi menyerang leher Yajuj dan Ma'juj, lalu mereka mati".

6.) Timbul Asap Seluruh Bumi.

Setelah Yajuj dan Ma'juj mati lalu timbul asap diseluruh bumi ini. Asap ini mengenai orang mukmin lalu merka semacam terkena penyakit selsema. Tetapi jika asap itu terkena pada orang kafir,dia akan menjadi mabuk terhuyung-hayang dan asap itu akan keluar dari hidungnya,mataya,telingannya dan duburnya.

7.) Rosaknya Kaabah Baitullah.

Tanda kiamat seterusnya ialah rosaknya Kaabah Baitullah di Masjidil Haram.Ia dirosakkan oleh sekumpulan bangsa Habsyi lalu diikuti oleh kaumnya mencungkil batu-batu Kaabah dan dibuangkan kedalam laut.

8.) Hilangnya Tulisan Al-Quran.

Hilangnya tulisan Al-Quran dari mashaf dan daripada hati umat Islam. Erti ayat suci Al-Quran sudah hilang tulisannya dan hilang dari ingatan orang Islam.

9.) Penghuni Dunia Tiada Lagi Yang Beriman.

Akhir sekali tanda-tanda kiamat ialah semua penghuni dunia ini tidak ada lagi yang beriman sertinya pada masa itu semua orang adalah kafir. Selama dunia masih didiami oleh orang yang beriman,selagi dunia ini masih ada lagi orang yang menyebut nama ALLAH maka selagi itulah dunia ini masih belum kiamat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :-

"Tidak akan berlaku kiamat melainkan semasa di dunia ini tidak ada lagi selain orang yang jahat semuanya".
Tiupan Sangkakala (Nafakhatain) yang pertama ditiupkan, semua mahluk yang bernyawa akan mati. Apabila tiupan sangkakala yang kedua, semua mahluk akan dihidupkan kembali dari kubur masing-masing dalam bentuk asalnya seperti mana mereka didunia dahulu.

Oleh itu wahai sahabat-sahabat sekalian, sementara dan selagi masih ada kesempatan buat kita, marilah kita bersama-sama tarbiah diri kita dan dekatkanlah hati kepada ALLAH serta dekatkanlah diri kepada amal makruf dan nahi mungkar. Sebagai seorang pelajar seharusnya kita sedar bahawa menuntut ilmu itu adalah merupakan suatu yang fardu ain dengan erti kata lain ialah menjadi kewajipan kita semua, mana-mana perkara yang selain itu yang melalaikan diri kita dan yang membawa diri kita kelembah kemaksiatan atau kehinaan disisi-Nya bailah kita tinggalkan. Belajarlah untuk katakan tidak kepada perkara2 munkar. Dan sebagai seorang anak juga marilah sahabat-sahabat kita berbakti kepada kedua orang itu kita, jangan sekali-lagi kita katakan "kenapa mesti aku" tetapi terapkanlah ayat "kenapa bukan aku" dalam diri anda. InsyALLAH dengan berkat amal yang kita kerjakan didunia yang fana ini, ia akan membantu kita semasa di Hari Pembalasan dan moga dipermudahkan laluan kita menerusi Titian Mustaqim..InsyALLAH..

No comments:

Post a Comment