Tuesday, 28 June 2011

Perjalanan Istimewa (Israk & Mikraj)



Detik ini adalah saat yang sangat bermakna apabila umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan satu peristiwa yang cukup besar dalam diari dan sejarah umat Islam yang disambut pada 27 Rejab di setiap tahun. (Pada tahun ini, ianya bertepatan dengan 28 Jun 2011, Selasa malam Rabu).

Firman Allah SWT bermaksud: 
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Israk:1)

Apakah yang dikatakan Israk Mikraj itu?

Israk: Perjalanan malam Rasulullah saw daripada Masjid al-Haram di Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin.

Mikraj: Perjalanan naiknya Rasulullah saw dari Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis menembusi langit ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.

Kisah Israk Mikraj yg trjadi keatas Nabi Muhammad SAW wajib bg kita umat Islam yakin bahawa ia benar-benar berlaku. Kejadian Israk Mikraj berlaku kepada Baginda SAW ketika beliau sedang tidur di Hijir Ismail dekat Kaabah,bersama-sama saidina Hamzah,bapa saudarnya dan beserta juga Jaafar bin Abi Thalib.

Ketika baginda sedang tidur,datanglah malaikat Jibril dan Mikail beserta malaikat lainnya. Kemudian para malaikat itu membawa nabi Muhammad SAW ke telaga Zamzam,kemudian dibelah dadanya dan dekeluarkan hatinya,lalu hati itu dicuci dengan air zamzam. Setelah bersih lalu dimasukkan semula hatinya di tempat asal,kemudian diisi dengan iman dan hikmah.Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.

Kemudian malaikat Jibril mempersilakan Beliau menaiki kenderaan yg telah trsedia iaitu Buraq. Buraq adalah seekor binatang yang mempunyai kecepatan perjalanan sejauh mata memandang,mungkin lebih dari 18 juta kali kecepatan cahaya. Buraq sejenis binatang yang lain dari yang lain,luarbiasa dan tidak seperti binatang-binatang yang pernah kita lihat. Apa yang penting,sebaik-baiknya kita percaya ada dan wujudnya binatang bernama Buraq ini .

Baginda memulakan perjalanan yang amat bersejarah itu dari Mekah ke Thaibah(Madinah) dengan ditemani Jibril. Dikota madinah ini beliau bersama Jibril berhenti bagi menunaikan solat sunat 2 rakaat.Setelah itu perjalanan diteruskan dan sampai pula ke Baitullaham (kota kelahiran Nabi Isa a.s).Juga Baginda diarahkan oleh Jibril utk menunaikan solat sunat 2 rakaat.Setelah selesai,perjlanan diteruskan pula sehingga sampai ke Baitul Maqdis.

Di Baitul Maqdis didapati telah berkumpul para nabi yang terdahulu menantikan kedatangan beliau. Beliau sempat solat berjemaah bersama para nabi-nabi dan beliau diberi penghormatan sebagai imam solat. Sepanjang perjalanan Baginda SAW dari Masjidil Haram sampai ke Baitul Maqdis itu banyak sekali kejadian-kejadian pelik yang dialami oleh Nabi SAW. Antara kejadian-kejadian yang banyak diceritakan dalam kitab-kitab adalah seperti berikut:-

1.Dikejar Jin Ifrit

~Baginda diganggu dan dikejar Jin Ifrit dengan membawa obor(api) bermaksud merintangi perjalanan Baginda. Melihatkan itu,Jibril segera mengarahkan Nabi SAW membaca doa yang diajarkan untuk keselamatan perjalanan Baginda itu. Setelah Baginda membaca doa tersebut,tersungkurlah Jin Ifrit dan terus hancur binasa.

2.Petani pemurah digandakan keuntungan berlipat ganda

~ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700x ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

3.Tercium bau harum Masyitah

~ Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

4.Seksaan ke atas orang yang melengah-lengahkan solat.

~Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

5.Seksaan ke atas orang yang tidak mengeluarkan zakat

~Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

6.Seksaan dan azab ke atas orang yang berzina

~Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

7.Seksaan ke atas pemakan riba

~Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba.

8.Seksaan ke atas orang yang tidak menunaikan amanah

~Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tidak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

9.Seksaan ke atas orang yang menbuat fitnah

~ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

10.Seksaan ke atas orang yang suka mengumpat

~Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

11.Seksaan ke atas orang yang bercakap besar

~Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tidak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

12.Pelbagai seksaan ke atas kaum wanita

~ a.Wanita yang tidak menutup rambutnya daripada pandangan lelaki yang ajnabi dengannya. Baginda melihat wanita itu digantungkan dengan rambutnya dalam keadaan menggelegak otak.

~ b.Isteri yang suka menyakiti hati suaminya dengan kata-kata yang kesat. Baginda menyaksikan golongan wanita ini digantung dengan lidahnya dan dicurahkan pula air panas kedala-dalam halkumnya.

~ c.Wanita yang tidak bersuci dirinya dari hadas besar dan bersembahyang secara main-main dan dilakukan pula secara gopoh gapah kerana mengejar waktu dan memikrkan urusan dunia. Baginda melihat golongan yang seperti ini diikat kedua-dua kakinya kepada kedua buah dadanya,manakala kedua tangannya diikat kepada ubunnya.

~ d.Isteri yang tidak mahu melayani suami sebaliknya melayani lelaki lain akan diseksa dengan seksaan digantungkan kedua buah dadanya.

~ e. Wanita yang suka menceritakan hal orang lain kepada orang lain dan juga gemar berdusta. Baginda diperlihatkan golongan wanita ini dengan kepanya seperti kepala babi dan badannya seperti badan keldai.

~ f. Wanita yang suka membangkit-bangkitkan pemberian lagi gemar berhasad dengki dan menderhakai suami.Wanita golongan ini akan diseksa dengan seksaan rupanya seperti anjing, kemudian memasukkan api kedalam tubuh melalui mulutnya dan keluar melaui duburnya.


Kemudian,setibanya Rasulullah S. A. W. di Masjidil Aqsa,baginda terasa dahaga, lalu dibawa Jibril 2 bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


No comments:

Post a Comment