Thursday, 9 June 2011

Fitnah Dajjal

Fitnah Dajjal adalah sebesar-besarnya fitnah semenjak Allah menciptakan Nabi Adam sampai hari Kiamat.Hal itu kerana Allah telah menciptakan konsep untuk menguji keimanan manusia terhadap Maha Pencipta serta memberikan kepada Dajjal dengan kemampuan di luar kebiasaan yg menjadikan akal manusia menjadi sangat kagum kepadanya dan membingungkan juga untuk akal fikiran manusia bagi membezakan kebenaran dan kebatilan.Di mana telah diriwayatkan bahawasanya Dajjal akan membawa kebun syurga dan api atau neraka,surganya adalah neraka kamu dan nerakanya adalah syurga kamu dan dia membawa sungai2 yg berair, gunung2 roti, memerintahkan langit untuk menurunkan hujan sehingga hujan pun turun, dan memerintahkan bumi agar menumbuhkan tumbuhan sehinnga tumbuhlah berbagai tumbuhan, diikuti oleh berbagai simpanan bumi, dapat berjalan di muka bumi dengan cepat bagaikan cepatnya awan yg ditiup angin dan hal2 luar biasa yg lainnya.Semuanya dijelaskan dlam hadith2 yg sahih.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Huzaifah, dia berkata,"Rasullullah bersabda,"Sesunggunhnya aku adalah orang yg paling thu terhadap apa yang dimiliki oleh Dajjal, dia memiliki 2 sg. mengalir, salah satunya terlihat oleh mata sebagai air yg berwarna putih, sementara yang lain terlihat oleh mata sebagai api yang membara.Jika salah seorang mendapatkannya, maka hendaklah ia mendatangi sg. yang terlihat seperti api di dalamnya, pejamlah matanya, kemudian hendaklah dia menundukkan kepalanya, lalu minumlah kerana ia adalah air yang diigin.'''

Dijelaskan dalam hadith Al-Nawwas bin Sam'an tentang Dajjal, bahawasanya para sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah, berapa lamakah dia berada di bumi?" Baginda bersabda," Selamat 40 hari, 1 hari bagaikan 1 tahun,  1 minggu bagaikan 1 bulan,1 hari bagaikan 1 minggu dan baki harinya seperti hari2 kalian." Mereka bertanya," Bagaimanakah kepantasan berjalannya dibumi?" Baginda bersabda," Bagaikan hujan yg ditiup angin. Dia mendatangi satu kaum, mengajak meraka, lalu merekapun beriman kepadanya dan mentaatinya. Kemudian dia memerintahkan bumi untuk menurunkan hujan, maka turunlah hujan, dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tumbu-tumbuhahan, maka tumbuhlah tumbuhan itu, sehinnga binatang ternakan  mereka merumput dan rasa leluasa, badannya gemuk2 dan tinggi serta banyak susunya. Kemudian dia pergi kepada satu kaum yang lain, mengajak mereka, lalu mereka menolak seruannya, sehingga tanah mereka menjadi tandus, akhirnya mereka menjadi org2 miskin yang tidak memiliki harta sedikitpun.Dan dia melalui tempat runtuhan lalu berkata,'Keluarlah barang2 simpananmu,' lalu simpanan hara simpanan itu mengikutnya bagaikan sekelompok lebah, kemudian dia akan berseru kepada seorang pemuda yang gemuk lagi masih muda. Ditebaskan pemuda itu dengan pedang, lalu dia membelahnya menjadi 2 bahagian dan memisahkan tubuhnya sejauh sasaran anak panah. Kemudian dia memanggilnya, lalu dia menghadapnya dengan muka berseri-seri sambil ketawa."

Selanjutnya dikeluarkan dalam riwayat Al-Bukhari, dari Abu Sa'id Al-Khudri bahawa org yg dibunuh oleh Dajjal ini adalah di antara manusia terbaik yang datang kepada Dajjal dari kota Madinah. Rasulullah, lalu berkata kepada Dajjal,"Aku bersaksi bahawa engkau adalah Dajjal yang telah diceritakan oleh Rasullullah di dalam hadithnya." Lalu Dajjal berkata,"Bagaimana pendapat kalian jika aku membunuh orang ini dan menghidupkannya." Kemudian mereka menjawab,"Tidak." Akhirnya dia membunuhnya lalumenghidupkannya. Namun begitu, akhirnya orang itu berkata, "Demi Allah, hari ini aku bertambah yakin bahawa engkau adalah Dajjal." Kemudian Dajjal hendak membunuhnya lagi akan tetapi tidak mampu melakukannya.

No comments:

Post a Comment