Thursday, 9 June 2011

4 Perkara Berharga

Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:

“Ada 4 perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan  4 perkara juga. Adapun yang berharga itu ialahAkalAgamaMalu dan Amal soleh. Maka… .

  • Akal boleh hilang disebabkan marah.

  • Agama boleh hilang disebabkan dengki.

  • Malu boleh hilang disebabkan tamak.

  • Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.Manusia akan menghadapi 4 penarikan:


    1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
    2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
    3. Ulat akan menarik tubuhnya.
    4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

    Dari Ali r.a yang bermaksud:Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:


  • Memberi maaf pada waktu marah.

  • Suka memberi pada waktu susah.

  • Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.

  • Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya. Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:


    1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
    2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
    3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
    4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
  • No comments:

    Post a Comment