Kebanyakkan para ulama berpendapat bahawa Al-Masih Al-Dajjal adalah berasal daripada bangsa manusia.Istilah Al-Ma sih dan Dajjal iaitu menurut Abu Abdillah Al-Qurtubi menyebutkan makna Al-Masih sebanyak 23 pendapat tentang asal perkataan tersebut.Istilah ini adalah dirujuk untuk orang yg benar juga disandarkan kepada orang yg sesat dan pendusta.Istilah Al-Masih atau dlm bahasa Inggeris 'Messiah' turut terdapat dalam kepercayaan agama Yahudi dan agama Nasrani atau Kristian. Di mana dalam agama Nasrani dan agama Islam mempercayai bahawa Nabi Isa Ibn Maryam adalah Al-Masih yg diturunkan Allah sebagai Penyelamat Umat Manusia (savior). Sebaliknya bangsa Yahudi melalui agama Yahudi tidak mempercayai Nabi Isa adalah Al-Masih yg dijanjikan walaupun perkara ini dgn jelas disebutkan sebagaimana terkandung dalam kitab agama mereka serta dari perkhabaran oleh para Nabi Bani Israel. Justeru itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Al-Masih yg ditunggu-tunggu oleh bangsa Yahudi adalah Al-Masih Al-Dajjal yg diramalkan dari puak ke-13 bangsa Yahudi. Dalam konteks agama Islam terdapat dua Al-Masih yang salah satunya adalah lawan masing-masing. Nabi Isa adalah Al-Masih yg membawa Petunjuk dan Nusrah Allah sedangkan Dajjal yg dilaknat adalah Al-Masih yang membawa kerosakkan, kesesatan dan pendusta terhadap Allah. Dajjal juga disebut Al-Masih kerana matanya buta sebelah tidak ada kening matanya, matanya hanya satu sahaja.
Perkataan Dajjal berasal dari perkataan Arab 'Dajlun' yang bererti penutup iaitu penutup kebenaran dengan kebatilan. Istilah Dajjal diambil dari perkataan Arab maknanya adalah dicap dengan menutupi dengannya. Maksud istilah asal dari kata 'ad-dajlu' juga boleh dinyatakan sebagai mencampuradukkan, dikatakan maknanya turut dikaitkan dengan menggaulkan bagi mengelirukan dan meragukan. Dajjal adalah pendusta yang memalsukan ketuhanan dengan mengelirukan manusia melalui kelebihan yg diberikan Allah iaitu kemampuan memberikan sesuatu yg luar biasa. Pengertian tersebut termasuk bentuk yg melampau atau kelebihan atau perbuatan harian. Istilah Dajjal dalam bentuk jamaknya adalah 'dajluna'. Imam Malik menjamakannya dgn kata Dajjaljalatu' iaitu jamak taksir. Al-Qurtubi mengatakan bahawa Dajjal secara bahasa memiliki 10 makna. Lafaz Dajjal menjadi sebutan nama untuk Al-Masih yang buta lagi penipu. Kebiasaanya jika disebut istilah Dajjal orang akan terus mengingati dan memahaminya sebagai sesuatu ungkapan yg menghina serta memburukkan. Dajjal dinamakan sedemikian kerana dia telah menutupi kebenaran dengan kebatilan serta menghiasi kebatilan dengan sesuatu yg menarik pada keinginan hawa nafsu manusia bagi menutupi kekufuran di hadapan manusia dengan kebohongan serta pemalsuannya kepada manusia. Ada juga yang mengatakan bahawa dia menutupi perkara yang benar dengan membawa kebatilan menerusi jumlah pengikut yg ramai hingga seolah-olah yang batil dilihat dan dirasakan sebagai yg benar. Terdapat ramai ulama berpendapat sebelum kemunculan Al-Masih Al-Dajjal yang sebenarnya di akhir zaman maka akan muncul sejumlah kelompok manusia yang membawa kebohongan dan kebatilan yang mirip dengannya dan mereka ini dikenali sebagai Dajjal kecil dengan lafaz 'dajjajil'
Dajjal adalah lelaki dari keturunan Adam. Dia memilki banyak sifat yang dijelaskan dalam pelbagai hadith agar manusia mengenalinya dan memberikan peringatan pada mereka atas keburukkannya sehingga ketika dia keluar maka orang yang beriman dapat mengenalinya dan tidak terjerumus ke dlm fitnah Dajjal. Di antara sifat-sifat tersebut adalah dia seorang lelaki, masih muda, berkulit merah, pendek, jarak antara betisnya berjauhan, berambut kerinting, keningnya lebar, dadanya bidang, mata sebelah kanannya buta dan mata tersebut tidak kelihatan tidak pula terbenam seakan-seakan buah anggur yg menonjol sementara di atas matanya tertulis 'KAFIR' dalam huruf Arab yang terputus-putus mahupun bersambung, setiap muslim dapat membacanya sama ada dia buta huruf mahupun tidak. Dan diantara sifatnya bahawa dia seorang yang mandul dan tidak memiliki anak.
Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab bahawasanya Rasulullah bersabda, "Ketika aku sedang tidur aku bermimpi melakukan tawaf." Kemudian Baginda mengatakan bahawa Baginda melihat Nabi Isa lalu melihat Dajjal dan sifat-sifatnya. Baginda bersabda, "Tiba2 sahaja ada seorang lelaki dengan badan besar, merah kulitnya, rambutnya kerinting, matanya buta sebelah seolah-seolah adalah buah anggur yang menonjol." Mereka berkata orang yang paling mirip dengan Dajjal ini adalah Ibnu Quthn, iaitu seorang lelaki dari Khuza'ah. Diriwayatkan dari Umar bahawasanya Rasulullah menceritakan Dajjal ditengah-tengah manusia lalu Baginda bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak buta sebelah dan ketahuilah sesungguhnya Al-Masih Dajjal adalah buta sebelah mata kanannya. Matanya bagaikan anggur yg menojol." Dijelaskan dari hadith An-Nawwas bin Sam'an Baginda bersabda ketika menerangkan sifat Dajjal,"Sesungguhnya dia adalah seorang pemuda rambutnya sangat kerinting, matanya menonjol seolah-olah menyerupakannya dengan Abdul Uzza bin Quthn."
Dalam hadith Ubadah bin As-Samit, Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Dajjal seorang lelaki, pendek, jarak antara kedua-dua betisnya berjauhan, berambut kerinting, buta sebelah mata yang terhapus tidak terlalu menonjol dan tidak pula terlalu ke dlm maka jika dia melakukan (mengaku sebagai tuhan) kepadamu maka ketahuilah sesungguhnya Rabb kalian tidak buta sebelah." Dalam hadith Abu Harairah, Rasulullah bersabda,"Adapun Al-Masih Al-Dajalah (Dajjal), maka sesungguhnya dia buta sebelah matanya, keningnya lebar, atas dadanya bidang, dan badannya agak bongkok." Dalam hadith Huzaifah Baginda bersabda,"Dajjal itu buta mata sebelah kirinya dan berambut kerinting."
No comments:
Post a Comment