Sabda Nabi SAW; Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)
Seperti yang kita semua tahu dan kepada mereka yang tidak mengetahui, dunia sekarang sudah berada di akhir zaman.
Begitu banyak petanda kiamat sudah dipenuhi malah ramai pengkaji-pengkaji Islam dan Barat bersetuju meramalkan kemunculan Dajjal berlaku dalam hanyat kita sekarang!
Seperti Sabda Nabi Muhammad SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”
Ammar bin Yasir RA berkata,
“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Soleh.”
Sesungguhnya hadith itu adalah benar, bukan hadith palsu. Mustahil Nabi SAW berdusta, kerana setiap hadis dari Nabi SAW adalah datang dari Allah. Bagaimana Nabi SAW dapat berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan).
Dari segi bahasa Arab, kalimah Syu'bun berarti Bani bangsa atau puak dari suatu bangsa. Sedangkan kalimah Syu'aibun bererti suatu Bani kecil dari sebuah kabilah. Lagipula, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahawa Putra Bani Tamim itu benar-benar bernama Syuaib bin Saleh.
Kalimah Bin itu pula berasal dari Ibnun, artinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki. Maknanya pribadi Syuaib itu adalah:
· seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).
· Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai, berjambang dan berserban).
· Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berpikiran luas, senantiasa berhubungan dengan masyarakat dan jauh langkahnya).
· Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama sejati, ulama mujahid dan mujtahid.
Jika diperhatikan benar-benar, penggunaan kalimah Bin itu merupakan suatu sebutan yang agak janggal dalam bahasa Arab. Agak jarang orang Arab disebut dengan Bin, yakni disambung namanya dengan sebutan Bin. Cuma orang Islam di Nusantara saja yang lazim berbuat demikian.
Kalimah Saleh pula bermaksud orang yang baik. Baik di sini bermaksud seperti berikut:
· Baik namanya, yaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan istilah dari bahasa Sansekerta, nama setempat atau dari bangsa yang bukan Islam.
· Baik kepribadiannya yaitu dikenal sebagai seorang yang tetap teguh dengan pendiriannya.
· Baik akidahnya yaitu seorang yang benar-benar mengikuti akidah Islam yang sejati.
· Baik keturunannya iaitu keturunannya diketahui dari yang baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.
· Baik agamanya, yaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya adalah dari kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cinta agama.
· Beliau memang seorang yang soleh. Soleh di sini ialah baik dan banyak amalan agamanya. Amalan agama itu sudah melekat dengan dirinya sejak dari kecil.
· Baik pemikirannya yaitu seorang yang mempunyai ide yang baik untuk mengubah masyarakatnya untuk menghayati ajaran Islam sejati ketika mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.
· Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di kalangan hamba Allah pada masa itu.
No comments:
Post a Comment