Tuesday, 26 July 2011

Hikmah Sujud...

Sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah SWT. Allah berfirman dalam surah al-hajj ayat 77 yang bermaksud:"Hai orang yang beriman, rukuk dan sujudlah..." sujud tidak dinafikan mempunyai beberapa manfaat dari segi perubatan, antaranya:-


  • melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing)
  • mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
BERNAFAS KETIKA SUJUD AKAN:-

  • membetulkan buah pinggang yang tekeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan bahagian peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia.
  • mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.
  • melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan kepada pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelviks
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut, ia juga akan hindar dari penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessel.

2 Hero Sunnah Sejati

  1. Abdullah bin Umar (Generasi Sahabat)
Dia adalah putera Umar bin Khattab, seorang pemimpin teladan, syeikhul Islam.

Dia meriwayatkan banyak ilmu yang bermanfaat dari Nabi saw.

Sifat Peribadi dan Keutamaan

Abu Ishaq As-Sabi’i berkata, “Aku melihat Ibnu Umar sebagai lelaki yang berkulit sawo matang serta bertubuh gemuk. Sarungnya sampai pertengahan kedua betisnya dan dia senang melakukan tawaf.”

Diriwayatkan dari Aisyah, dia berkata, “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih taat dalam menjalankan perintah daripada Ibnu Umar.”

Ibnu al-Musayyib berkata, “Seandainya aku dapat menyaksikan bahawa seseorang termasuk ahli syurga, maka aku akan menyaksikan bahawa Ibnu Umar termasuk ahlinya.”

Kesukaan Mengikuti Sunnah

Diriwayatkan dari Nafi’, dia berkata, “Seandainya engkau melihat Ibnu Umar ketika mengikuti Rasulullah SAW, maka engkau akan berkata, “Dia orang gila.”

Diriwayatkan dari Nafi, bahawa Ibnu Umar pernah mengikuti jejak Rasulullah saw di setiap tempat yang pernah beliau gunakan untuk solat, hingga jika Nabi saw berteduh di bawah pohon, maka Ibnu Umar mencari pohon dan berjanji akan menyirami pohon itu supaya kering.

Diriwayatkan dari Nafi’, dia berkata. “Ibnu Umar pernah menyemir janggutnya.

Diriwayatkan dari Zaid bin Aslam, dia pernah berkata, “Ibnu Umar pernah menyemir hingga mengenai bajunya. Lalu ada yang berkata kepadanya, “Engkau menyemirnya dengan warna kuning?” Dia menjawab, “Kerana aku melihat Rasulullah saw menyemirnya dengan warna kuning.”

2. Imam Ahmad bin Hanbal (Generasi Tabi’in)
Dia adalah seorang Imam dalam kebenaran, Syeikhul Islam yang jujur. Ia memiliki nama lengkap Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Az-Zuhli Asy-Syaibani al-Baghdadi.

Dia salah seorang Imam para ahli Imu.

Sifat Peribadi dan Keutamaan

Diriwayatkan dari Muhammad bin al-Abbas an-Nahwi, dia berkata, “Aku melihat Ahmad bin Hanbal adalah orang yang mempunyai wajah yang bagus dan perawakannya sedang, rambutnya diwarnai dengan pacar (hinna), di antara janggutnya terdapat beberapa helai rambut hitam. Aku melihat bajunya tebal dan berwarna putih, dan aku melihatnya dalam kegelapan bahawa dia memakai sarung.”

Ibrahim al-Harbi berkata, “Aku melihat Abu Abdullah, seakan-akan Allah SWT telah mengumpulan seluruh ilmu-ilmu orang terdahulu dan masa sekarang pada dirinya.”

Al-Marruzi berkata, “Aku melihat Abu Abdullah ketika orang-orang sedang berada di rumahnya, dia duduk dengan bersila dan tertunduk. Apabila berada di luar rumah, dia tidak tertunduk, aku masuk dan salah satu tangannya digunakan untuk memegang buku yang dia baca.”

Qutaibah berkata, “Yang terbaik pada masa kami adalah Ibnu al-Mubarak, kemudian pemuda ini, iaitu Ahmad bin Hanbal. Jika aku melihat seseorang yang suka kepada Ahmad, maka ketahuilah bahawa dia adalah pembela Sunnah. Jika ia hidup di masa ats-Tsauri, al-Auza’i dan al-Laits, nescaya dia lebih terdepan dari mereka. Qutaibah ditanya, “Bagaimana jika Ahmad digabungkan dengan Tabi’in?” Dia menjawab, “Kepada kalangan pembesar Tabi’in.”

Abu Abdullah sangat pemalu dan mempunyai akhlak dan etika kesopanan yang baik dan orang-orang dermawan bangga terhadapnya.

Harmalah berkata, “Aku mendengar Asy-Syafi’i berkata, ‘Aku keluar dari Baghdad, aku tidak meninggalkan seseorang yang lebih utama, lebih alim, lebih fakih dan lebih tinggi ketakwaannya daripada Ahmad bin Hanbal’.”

Konsisten Mengamalkan Sunnah

Muridnya, Imam Abu Daud mengatakan: "Aku melihat Imam Ahmad apabila menghantar jenazah, ketika mendekati pemakaman, menanggalkan sandalnya."

Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini berdasarkan hadis di bawah ini:

"Ketika Rasulullah s.a.w. berjalan bersama Basyri, pandangannya terbentur pada seorang yang sedang berjalan di perkuburan dengan memakai sandalnya, kemudian baginda menegurnya: "Wahai si pemakai sandal,celakalah engkau! Tanggalkanlah kedua sandalmu." Orang itu kemudian menoleh dan ketika diketahuinya bahawa yang menegur adalah Rasulullah s.a.w., segera saja dia tanggalkan kedua sandalnya." (Riwayat Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah dan Al-Hakim dengan sanad yang sahih).

Syeikh al-Albani berkata di atas sikap Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini: "Semoga Allah menganugerahkan kepadanya rahmat, betapa konsistennya orang ini dalam mengikuti as-Sunnah."

Abu Hatim pernah berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang mengasihi Ahmad bin Hanbal maka ketahuilah orang itu adalah dari ahli Sunnah."

Semoga Allah merahmati dan memberkati dan menempatkan mereka berdua dalam keluasan JannahNya. Amin.

Disusun oleh:
Muhammad Abdulloh Suradi,

Rujukan:
1. Siyar A'lam An-Nubala' karya Imam Az-Zahabi
2. Lembaran Hidup Ulama' oleh Muhammad Abdulloh Suradi

Wednesday, 20 July 2011

Mereka Yang Pertama Di Dunia...

Anda pasti mengetahui siapakah orang yang pertama melaungkan azan, wanita pertama yang memeluk agama Islam dan muslim pertama yang menghafal Al-Quran. Namun, tahukah anda siapa yang pertama menulis Bismillah dan beberapa lagi tokoh yang pertama sepanjang sejarah Islam. Hayati kehebatan mereka.

  1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman
  2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail
  3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari Qiamat : Nabi Ibrahim
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat : Nabi Adam
  6. Orang yang pertama yang memakai saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (ibu Nabi Ismail)
  7. Orang yang pertama yang dibangkitkan pada hari Qiamat : Nabi Muhammad s.a.w
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As-Siddiq
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar Al-Khattab
  10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hassan bin Ali
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan perempuan : Sumayyah binti Khabbat
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqas
  16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan : Bilal bin Rabah
  17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib
  18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-Dary
  19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam
  20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman Bin Affan
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid
  22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib
  24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi sufyan
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Al-Rasyid
  26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah : Ali bin Abi Tholib
  28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
  29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair
  30. Orang yang pertama masuk syurga : Nabi Muhammad s.a.w

Tuesday, 12 July 2011

Pembersihan

PEMBERSIHAN DIRI (BERSUCI) MENURUT PANDANGANSYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Ada 2 jenis pembersihan diri atau penyucian diri kita. PERTAMA: Pembersihan diri yang zahir dengan menggunakan air mutlak sebagaimana yang disuruh oleh syariat agama kita iaitu Islam. KEDUA: Pembersihan diri yang batin atau jiwa. Kita hendaklah sedar tentang adanya kekotoran jiwa atau kekotoran batin dalam diri kita. Kekotoran itu ialah dosa-dosa kita. Untuk membersihkannya ialah dengan bertaubat sebenar-benar taubat. Cara pembersihan diri dalaman (batin) kita itu ialah dengan cara memasuki atau menempuh suatu jalan keruhanian atau suluk atau tarikat yang dibimbing oleh guru kerohanian atau guru kesufian.

Menurut hukum syariat, wuduk akan batal sekiranya kita buang air kecil atau buang air besar, menyentuh kemaluan, mabuk dan sebagainya. Sekiranya selepas persetubuhan atau selepas habis keluar haid dan nifas, diwajibkan pula mandi untuk membersihkan hadas besar dari badan kita. Inilah dia pembersihan badan zahir kita iaitu dengan berwudhuk dan juga dengan mandi.

Berkenaan wuduk Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda:“Setiap kali seseorang itu membaharui wuduknya, Allah membaharui imannya, cahaya imannya bergilap semula dan akan bertambah terang.”

Dan lagi sabda Nabi s.a.w:

“Pembersihan (wuduk dan mandi) berulang kali itu adalah cahaya atas cahaya.”

Kebersihan batin atau kebersihan jiwa boleh juga tercemar dan diri batin kita akan jadi kotor. Ia dikotori perangai yang jahat, tindakan yang membahayakan diri dan orang lain, tingkah-laku yang buruk, sikap negatif seperti sombong, takbur, dengki, iri hati, bongkak, mengadu domba antara manusia, fitnah, marah, hasad, syirik dan berbagai-bagai lagi.

Roh atau jiwa juga akan kotor akibat memakan makanan haram, bibir yang mengeluarkan kata-kata lucah dan menyakitkan hati orang, telinga yang mendengar fitnah dan mengata-ngata orang, tangan yang melakukan pekerjaan yang tidak baik, kaki yang pergi ke tampat maksiat atau mengikuti orang-orang yang zalim, kemaluan yang melakukan zina dan sebagainya. Zina ini bukan sahaja dilakukan oleh kemaluan bahkan juga dilakukan oleh mata. Nabi s.a.w bersabda:

“Mata pun boleh melakukan zina.”Apabila kebersihan rohani tercemar dan wuduk kerohanian terbatal, maka perlulah diperbaharui penyucian (wuduk atau mandi) keruhanian itu dengan taubat iaitu dengan menyedari dosa itu, dengan menyesal yang sangat hingga mengeluarkan air mata (itulah air yang membasuh kotoran dari jiwanya) dengan berazam dan bertekad tidak melakukan kesalahan atau dosa itu lagi, dengan memohon ampun kepada Allah dan dengan berdoa kepada-Nya supaya dihindari dari dosa itu lagi.

Solat itu ialah menghadirkan diri kpdi hadrat Ilahi. Bersuci dan berada dalam keadaan suci adalah suatu kewajipan sebelum solat. Orang yang bijak mengetahui bahawa kebersihan diri yang zahir sahaja tidak cukup. Allah melihat jauh kedalam hati (jiwa atau roh) dengan hati itu perlu disucikan dan penyuciannya ialah dengan taubat. Hanya setelah suci, barulah solat diterima Allah s.w.t.

Firman Allah:

“Inilah apa yang dijanjikan kepadamu iaitu bagi setiap hamba yang selalu kembali bertaubat sebenarnya kepada Allah lagi memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya).” (Qaf: 32).

Pembersihan badan dengan wuduk dan mandi itu adalah menurut syariat dan hukum agama (Islam). Ianya tertakluk kepada masa atau waktu. Tidur membatalkan wuduk. Pembersihan ini tertakluk kepada waktu atau masa, malam dan siang, dalam kehidupan di dunia nyata ini.

Tetapi pembersihan keruhanian, wuduk diri yang batin atau rohaniah tidak tertakluk dan tidak terhad oleh masa dan waktu. Penyucian ini untuk keseluruhan hayat – hidup di dunia hingga ke akhirat.

Wallahu A’alam.

5 Halangan Untuk Menjadi Soleh

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB NERKATA; Sekiranya  kamu tidak memiliki 5 perkara nescaya seluruh manusia menjadi orang SOLEH :

1- Rela dengan kebodohan- akan berusha menambah ilmu pengetahuanya.

2-Tamak dengan harta-jika ada sifat qona’ah pasti berusaha kearah kebaikkan.

3-Bakhil  dengan kelebihan.-segala kelebihan yang Allah bagi kepadanya tidak digunakan untuk manfaat alam sejagat.

4- Riya’ dengan amalan. Apabila melakukan amalan soleh dengan baik pasti timbul dihatinya kebanggan atau merasa selesa dan melebihi daripada orang lain maka hilanglah keikhlasan kepada Allah SWT.

5-Merasa bangga dengan pendapatnya. jika dia tahu pendapatnya tidak begitu baik sedangkan pendapat orang lain baik maka ia berusaha mencari pendapat terbaik.

Sunday, 10 July 2011

Iman Siapa Menakjubkan?

Kudengar kau berkata, “Menurut kalian, siapakah makhluk yang paling menakjubkan iman nya?” Kami jawab serempak, “Malaikat, ya Rasulallah.” “Bagaimana mereka tak beriman , padahal mereka berada di samping Tuhan mereka?” jawabmu.“Kalau begitu para nabi, ya Rasulallah.” “Bagaimana mereka tidak beriman , bukankah wahyu turun kepada mereka?” “Kalau begitu kami, sahabat2 mu, ya Rasulallah.”“Bagaimana kalian tidak beriman padaku padahal aku berada di tengah2 kalian? Bagaimana sahabat-sahabatku tidak beriman ? Mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan.”

Aku tahu, ya Rasulallah, kami telah saksikan mukjizatmu. Kulihat wajahmu yang bersinar, kulihat air telah mengalir dari celah jemarimu, bagaimana mungkin kami tidak beriman kepadamu. Kalau begitu siapa ya Rasulallah, orang yang kau sebut paling menakjubkan iman nya?

Langit Madinah bening, bumi Madinah hening. Kami termangu. Ah, gerangan siapa mereka itu? Siapa yang kau puji itu, ya Rasulallah? Kutahan nafasku, kucurahkan perhatianku. Dan bibirmu yang mulia mulai bergerak, “Orang yang paling menakjubkan i mannya adalah kaum yang datang sesudahku. Yang ber man kepadaku, padahal mereka tidak pernah melihat dan berjumpa denganku. Yang paling menakjubkan imannya adalah orang yang datang setelah aku tiada. Yang membenarkan aku padahal mereka tidak pernah melihatku. Mereka adalah saudara-saudaraku.”

Kami terkejut. “Ya Rasulallah, bukankah kami saudaramu juga?” Kau menjawab, “Benar, kalian adalah para sahabatku. Adapun saudaraku adalah mereka yang hidup setelah aku.

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.   (Al-Baqarah:3)

Kau diam sejenak ya Rasulallah. Langit Madinah bening, bumi Madinah hening. Kudengar kau berkata, “Alangkah rindunya aku berjumpa dengan saudara-saudaraku. Alangkah beruntungnya bila aku dapat bertemu dengan saudara-saudaraku.”

Suaramu parau dan butiran air mata tergenang di sudut matamu. Kau ingin berjumpa dengan mereka, ya Rasulallah. Kau rindukan mereka, ya Nabiyallah. Kau dambakan mereka, ya Habibullah.. . .

Wahai Rasulullah, kau ingin bertemu dengan mereka yang tak pernah dijumpaimu, mereka yang bibirnya selalu bergetar menggumamkan shalawat untukmu. Kau ingin datang memeluk mereka, memuaskan kerinduanmu. Kau akan datang kepada mereka yang mengunjungimu dengan shalawat. Masih kuingat sabdamu, “Barangsiapa yang datang kepadaku, aku akan memberinya syafaat di hari kiamat.”

 Wahai yang mulia di sisi Allah, berikanlah syafaat kepada kami di sisi Allah… layakkah diri ini mendapat penghormatan itu… .  Wallahu a'lam.

Thursday, 7 July 2011

10 Sikap Buruk Manusia Yang Dicela Allah

SYEIKH Abdul Qadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai 10 celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. 10 celaan itu berdasarkan 10 sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan’ (Riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbunbanyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang darimembelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

10 sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

Wednesday, 6 July 2011

Syukurlah kepada Allah

Erti Syukur secara mudah ialah berterima kasih dan mengenang jasa.

Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.

Hadis Nu'man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda "barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala."

Bersyukur kepada manusia bermaksud menghargai dan berterima kasih kepada manusia yang banyak menabur jasa dan bakti kepada kita tanpa diminta dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Mereka yang dimaksudkan ialah seperti ibu-bapa kita, para guru dan Rasulullah SAW. Di samping memuji-muji dan mengagung-agungkan jasa kebaikan mereka, kita juga dituntut agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk mereka. 

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. ditanya oleh isteri baginda mengapakah baginda begitu kuat dan banyak beribadat terutama solat malam sehingga bengkak kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah "Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur !".

Orang yang tak bersyukur ialah orang yang lupa diri dan tak tahu mengenang jasa.

"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?". Surah Yaasin: 73.

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: )

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim : 7)